Disclaimer

You only live once, but if you do it right, once is enough. - Mae West

If you want to be happy, be. - Leo Tolstoy

Life isn't measured by the number of breaths you take, but by the number of moments that take your breath away ;)

My silence spoke a thousand words, but you'll never heard them - ME
Perfectly Imperfect ❤
Monday 19 November 2012 • Monday, November 19, 2012 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum w.b.t. 

Ehem ehem. Lama sudah tidak ku jenguk blogku ini. Sudah berhabuk dan bersarang! Haha.  Actually, tengah minggu exam. Almost three weeks I think. Nak kata busy study, tak adalah study gila-gila sampai tak ada masa langsung nak update blog. Tapi, sebab tak ada idea kot untuk entry baru. Eh, kalau nak diikutkan, banyak je sebenarnya kisah-kisah yang rasanya macam nak diletakkan kat blog. Aku rasa, sebab tak ada mood kot. Bila tak ada mood nak update, tak adalah entry terbarunya.. Hehe :D

But tonight, tiba-tiba rasa macam nak bukak blog dan update entry pulak. Mungkin sebab dah terlalu lama ditinggalkan membuatkan aku beras rindu pada blog kesayangan aku ni. Hoho~ Eh, at least, aku jenguk jugak blog ni. Kalau nak compare dengan blog aku yang dulu punya tu, password pun dah tak engat. Say bye-bye jelah. Hehe. 

Hmm, exam tinggal satu paper aje lagi. Paper BIOLOGY!!! Oh, I love Bio! (Tangan di bahu mata ke langit) Haha. Then, nak kata merdeka, tak boleh jugak. Sebab bagi aku, habis A Level bukan bermaksud merdeka. Ini hanyalah baru permulaan bagi satu perjalanan kehidupan aku yang baru. Kalau dapat result bagus, then fly, memang berganda-gandalah usaha yang aku kena keluarkan untuk mara ke hadapan. Zaman sekarang, persaingan semakin banyak. Budak-budak pun semakin hari semakin pandai. Setakat dapat straight A's tu, aku rasa, orang semakin tak pandang dah. Straight A+ yang pelajar-pelajar tengah kejar sekarang. 

Bila sebut pasal kehidupan pulak, tak semua orang miliki peluang yang sama. Kat luar sana tu, ramai sangat student yang dapat result gempak gila, tapi, tak dapat peluang untuk menggunakan result yang gempak tu untuk masa hadapan dia. Jadi, aku yang dapat result tak gempak sangat ni masa SPM dulu berasa sangat-sangatlah bersyukur sebab Allah dah kasik peluang kat aku untuk sambung belajar dalam bidang Medik ni. Dapat scholar JPA pulak tu. And I'm just praying so that Allah can guide me as well to improve myself better in the future. 

Oh ya! Next week, kami satu batch akan ada kem Biro Tata Negara. In Perak. On Wednesday, ada taklimat pasal kem tu. Maybe kat Kem Ulu Kenas kot kami punya program tu. Not sure about that yet sebab kami pun tak tahu apa-apa lagi pasal kem ni. Hehe. 

And also, Sabtu ni, kami satu batch pun ada buat dinner. The theme is, 

"MODERN DRESS AND MASQUERADE". 

Kami dah plan dinner ni before exam lagi sebenarnya. And masing-masing dah dapat task masing-masing. Aku dengan sorang lagi member aku ni, biro membuat invitation card. Hoho~ Dah settle dah. Alhamdulillah. Kalau invitation card ni, takdelah susah sangat. And aku pun tak adalah kreatif sangat nak buat kad yang ala-ala gempak gila bak kata orang. Haha. Dan akhirnya, member aku sorang tu je yang design all-all. Kesian dye. Tapi takpe kot. As long as dye tu kreatif, mesti takde hal punya lah. Haha. Tugas aku, call lecturer and talk to them about the dinner before giving the invitation cards. Sekarang, cuma tinggal a few lecturers yang tak settle lagi sebab nak jumpa dyorang pun, bukan macam nak pergi jumpa cikgu nak tanya soklan macam masa sekolah dulu. Busy memanjang je lecturer-lecturer aku tu. Hehe. Tersedak dyorang kat rumah tu agaknya. Hoho~ 

Oh! Tak sabar nya nak pergi dinner!!! Hehe. Biaselah, kalau dah nama tu wanita, (cheh, wanita.. haha) mesti kalau boleh nak berhias sehabis mungkin. Tapi, aku rasa, berhias ala kadar pun dah cukup kot. Eh, yeke? Haha. Tengoklah nanti. Apa-apa pun, nanti aku buat entry pasal dinner kami tuu pulak ye? And pics also, I wouldn't forget to upload them. Hehe. See ya! Salam <3



0 Comments posted :

Post a Comment


Thanks for following!



Chatting Here


Letters start with A B C
Numbers start with 1 2 3
Songs start with Do Re Mi
Love start with you and me

Owned by : Mr. HBA ❤

SARANG HAE YO!!
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: