Disclaimer

You only live once, but if you do it right, once is enough. - Mae West

If you want to be happy, be. - Leo Tolstoy

Life isn't measured by the number of breaths you take, but by the number of moments that take your breath away ;)

My silence spoke a thousand words, but you'll never heard them - ME
Perfectly Imperfect ❤
Tuesday, 14 August 2012 • Tuesday, August 14, 2012 • 0 Sweet hearts

Assalamualaikum w.b.t ... 

Haisshh .. Sedar tak sedar , dah nak dekat raye dah. Budak-budak sekolah pun dah nak cuti. Aku ni hah yang still dok mengadap lecturer kat dalam kelas tu. Kadang-kadang (bukan kadang-kadang rasenye, setiap detik kowt!), aku rase macam nak tutup buku aku yang setebal satu inchi tu (lebih kurang lah) dan melangkah keluar daripada kelas pergi ke stesen bas. Nak buat ape? Nak baliklah! Aduhai.. Rindu pulak dekat mama dengan ayah kat rumah. Mama mesti tengah sibuk jahit baju untuk anak-anak dia tuu.. Hari tu tepon, katanya tak siap lagi baju raye. Klasik kan mama aku? Baju raye pun still nak jahit sendirik walaupun zaman sekarang nihh, mostly parents akan just 'swipe' aje untuk beli baju raye. Huhu. Cayalah mama. Aja aja! Jangan tak siap sudah. 

Tapi, pernah ade satu kali raye tuu, baju adik aku yang dua orang tuu tak siap. Hahahha! Pakai baju raya tahun sebelumnya punya lah masa tu. Aku punya dah siap awal-awal dah. Anak dara mana boleh tak pakai baju baru masa pagi raye tuu. Hehe. Tapi, baju mak aku siap tahun tuu. Hihi. Padan muka angah dengan adik. Tapi takpe, diorang tak kisah pun. Nasib baik ade t-shirt spare ala-ala kartun yang ayah belikan mase tuu. Angah dengan adik pedulik hape. Diorang tuu lelaki, no hal lah. Haha. 

Tiba-tiba, teringat pulak mase kecik-kecik dulu. Hari raye ketige or keempat gitu, aku, angah, dengan beberape orang lagi sepupu sepapat aku yang lebih kurang sepemikiran dengan aku, naik basikal same-same, or even jalan kaki pun sanggup, singgah dari satu rumah jiran ke rumah yang lain. Tak cukup kampung belah ayah, kampung belah mak pun same. Haha. Masing-masing berebut nak kumpul sape paling banyak dapat duit raye. Rindunye zaman tuu!!! Sekarang, umur dah 19. (Baru beberape hari lepas aku sambut birthday :D ni pun nak bagitau. haha!) Dah tak boleh nak round satu kampung mintak duit raye. Buat malu je nanti. Tapi, kalau aku menyamar jadik budak sekolah boleh tak? Ade orang perasan tak agak-agak ek? Hahahaha! (Perasan kecik seyh aku nihh!).

(Dengan muka tak malunye, mintak duit raya dari rumah ke rumah. Haha)

Pernah sekali mase tuu, raye mase aku form one, join adik aku and the gang raye kat kampung belah ayah. And aku rase, nama ayah aku agak glamour kat kampung sebab, aku rase, ayah aku nihh memang jenis yang friendly dengan semua orang. Kadang-kadang, perasan muda pun ada ayah aku tuu. Haha. Kitorang singgah kat satu rumah nihh.. Dah makan-makan and minum, kitorang pun nak belah lah kan? (Nak kutip duit raye cepat-cepat sebenarnye). Yang tolong hulur duit raye mase tuu, adelah sorang abang nihh. (mase tuu, aku engat dye abang sebab dye tinggi dan nampak agak matang). Aku nampak adik aku dengan kengkawan dia semua salam dan cium tangan dye, aku pun join sekali lah. Tibe-tibe, mak dia datang dari dapur dan dia nampak aku cium tangan anak lelaki dia tuu. Pastu, dia jerit nama anak dia dan berkata, 
"Kenapa kamu bagi dia cium tangan kamu? Sebaya kamu tuu!!"
Dan anak dia pun tersengih macam kerang busuk. Malu kowt!!! Aku nih ha yang malu!!!! Adoiii... Batal dah air sembahyang aku hari tuu.. Hoho. 

(teringat dulu-dulu, beraya rumah jiran ramai-ramai. Hehe)

Tuu lah. Dulu mase kecik-kecik, tak kisah sangat kalau kena salam dengan lelaki yang lebih tua dari kita. Ingatkan boleh. Rupa-rupanya tak boleh. Haha! Sekarang dah besar dahh.. Dah tahu adab-adab sebagai seorang muslimah. Kena jaga tutur kata, pandangan, dan perlakuan. Tak boleh dah nak sentuh-sentuh sengaja dengan lelaki yang bukan muhrim. Haram! Hehe.

Sekarang, kalau pagi raya tuu salam-salam dengan family and sanak saudara tuu common things yang kita kena buatlah. Dan, tiba-tiba, kalau ada makcik-makcik or pakcik-pakcik yang hulur duit raya kat aku, dialog biase yang aku akan cakap, 
"Eh, dah besar pun dapat duit raya lagi ke?"
Hahhaa.. Padahal , dalam hati, dah tersenyum lebar sangat-sangat dapat duit raya. Konon je terkejut dapat duit raya lagi. Hewhewhew ~

(mase kecik-kecik, tunggu je orang kasik duit raye. Korang pun sama kan?)

Tuu lah. Raye dulu dengan raya sekarang tak sama. Raya masa kecik macam lagi seronok kalau nak compare dengan raye masa dah besar. Sedih3! Tapi takpe.. Takkan nak jadik budak kecik sentiase kan? Dan tak sabar jugak rasanya nak sambut raya berdua dengan suami. Ehem2! Haha. Okaylah. Sampai sini dulu coretan anita. Lain kali sembang lagi. Nak berangan jap... Daaaa... 
Wassalam :)


0 Comments posted :

Post a Comment


Thanks for following!



Chatting Here


Letters start with A B C
Numbers start with 1 2 3
Songs start with Do Re Mi
Love start with you and me

Owned by : Mr. H ❤

SARANG HAE YO!!
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: