Thursday, 21 June 2012 • Thursday, June 21, 2012 • 2 Sweet hearts Salam Satu Malaysia! Hari nihh , nak cerita pasal Wanita dan Epal. Rasenyer, semua orang dah pernah dengar pasal crita nihh kan? But still, aku nak sampaikan jugak. Buat tambah2 pengetahuan sikit kepada yang tak pernah dengar or tahu. Dan recall balik kepada yang dah pernah dengar or tahu cerita nihh.. ______________________________________________________________ CHAPTER ONE Wanita boleh diibaratkan seperti epal yang berada di atas pokok epal. (memanglah pokok epal ek? takkan pulak epal kat atas pokok rambutan.) Aku pun tak tahu kenapa buah epal telah digunekan sebagai watak utama dalam kisah nihh. So, jangan tanya kenapa tak guna pokok durian walaupun buah durian tuu ader mekanisme duri yang boleh lindungi diri dia atau buah kelapa yang terletak nun tinggi di atas sane. Sebab aku pun tak pernah tanya orang. Hehe. CHAPTER TWO Epal yang sukar diperolehi berada nun di atas puncak pokok tersebut. Susah untuk digapai , apatah lagi untuk dipetik. Epal ini adalah epal yang cantik dalamannya dan mempunyai rasa yang tersangat manis. Kerana, ianya berada di puncak pokok dan mendapat nutrient serta sumber cahaya matahari yang secukupnya. (Agaknyalah... haha..) CHAPTER THREE Epal yang tidak berkualiti amat mudah untuk diperolehi kerana ia berada di bahagian pokok yang paling bawah sekali. Ada juga buah epal yang terdapat berguguran di tanah. Sebagai manusia, adakah kita akan mengutip buah epal yang sudah gugur dan bersepah-sepah di atas tanah? Tidak , bukan? Epal macam nihh adalah epal yang sudah rosak dan berkemungkinan tidak boleh dimakan lagi.. Tapi, janganlah pula kita menyangka bahawa semua epal yang berada di atas tanah adalah epal yang tidak berkualiti kerana berkemungkinan, terdapat juga epal yang masih elok dalam kalangan epal-epal yang berguguran di atas tanah itu... CHAPTER FOUR Namun, menjadi epal yang berada di atas puncak pokok bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana Tuhan pasti akan mengujinya dan syaitan juga tidak akan terlepas daripada membisikkan kata2 yang akan menggoyahkan iman seseorang manusia itu. Jadi, epal yang berada di atas puncak itu pun tertanya-tanya, mengapa dirinya masih belum dipetik lagi sedangkan kebanyakan rakan2nya yang berada di bawah sudah dipetik. Keadaan ini telah menjadikan dirinya risau dan gelisah... CHAPTER FIVE Lalu , epal yang berada dalam keadaan gundah gulana itu pun, merendahkan martabat dirinya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah. Dengan harapan , agar terdapat pemetik epal yang akan datang mengutipnya dengan mudah dan segera... CHAPTER SIX Sedangkan pada asalnya , Allah telah letakkan dirinya di atas puncak pokok yang melambangkan bahawa begitu tinggi martabat dirinya , hingga tiada siapa mampu memetiknya. Kecuali , hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu memetik epal yang berada di atas puncak pokok itu. Dan sesungguhnya , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik manakala lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik juga... Sekian , salam sayang ~
|
|
2 Comments posted :
follow awk keyh
thanx :D
done fOllOw awak jugak :)
Post a Comment