Disclaimer

You only live once, but if you do it right, once is enough. - Mae West

If you want to be happy, be. - Leo Tolstoy

Life isn't measured by the number of breaths you take, but by the number of moments that take your breath away ;)

My silence spoke a thousand words, but you'll never heard them - ME
Perfectly Imperfect ❤
Saturday 22 December 2012 • Saturday, December 22, 2012 • 2 Sweet hearts


Assalamualaikum... :D

Update lagi!! Biaselah, bagi insan-II yang sedang tanam anggur seperti aku ni, memang kerjanya depan lappy jela. Kerja? Memang nak kerja pun. Tapi, tak jumpa lagi. Dah cuba cari di pasar raya dan kedai-II yang berhampiran dengan rumah saya tapi, macam tak sesuai dengan aku je. Atau, mungkin dengan lebih tepat lagi, aku yang memang memilih kot. Haha. Ambil lesen? Siapa yang tak nak ambil lesen kan? Kalau boleh, nak ambil lesen kereta dengan motor sekali gus. Tapi, rasanya tak perlu lagi kot. Tak perlu? Haha. Perlu sangat-II sebenarnya cuma, aku rasa, lebih baik kalau aku simpan duit simpanan tu dulu untuk perbelanjaan lain. Perbelanjaan untuk sambung belajar mungkin? Tengah tunggu keputusan exam sebenarnya ni. Harap-II, dapat keputusan yang terbaiklah. Doakan :)

Sebenarnya, nak meluahkan sesuatu. Nak meluahkan pada sahabat, aku ni bukannya jenis yang pandai berkata-kata. "Berkata-kata" di blog bolehlah! Hehe. 



RINDU? Yup! Haha. Untuk pengetahuan semua, aku baru je start cuti. Baru ker? Eh, dah dua minggu sebenarnya. Tapi, hari isnin baru aku dapat pulang ke kampung halaman. Bertemu dengan keluarga yang tercinta. Melepaskan rindu. Haha. Syukur Alhamdulillah. Peperiksaan dah tamat. Tinggal tunggu keputusan je. (Berapa kali nak bagitau kan?) Hehe. Rindu dekat family dah terlepas. Rindu dekat siapa pulak? Saya rindukan pakwe saya bekas pakwe saya. Opppsss!


Aku kenalkan dia dengan panggilan Mr. Am okey? Sebab semasa kitorang kapel dulu, kitorang balas-II surat masa kat sekolah guna nama panggilan jer. And he used that nick. Me? Let it be a secret. :P Hanya Allah dan Mr.Am yang tahu. 

Dan bagi permulaan entry ni, sebenarnye, semalam aku kemas barang-II lama aku. Barang-II mase kat sekolah dulu. Termasuklah surat-II, birthday card, dedication card, (kad-II dedikasi masa kat asrama dulu), notes, presents yang kecik-II dan comel-II gitu, semua ader dalam kotak simpanan. Aku panggil, magic box! Haha. Macam budak kecik aje kan? Alaa, biaselah. Dah nama pun perempuan kan? 



Then, terjumpalah a few letters from him a.k.a Mr. Am. Surat-II yang kitorang saling berbalas dulu. Bila baca balik, rasa nak tergelak pun ader. Bukan rase, memang dah tergelak sorang-II pun dalam bilik malam tadi. Agaknyer, kalau mama masuk dalam bilik aku and nampak aku tergelak-tersengih-macam-kerang-busuk-yang-tak-berape-nak-busuk-sebenarnye tu, kompem, dia hantar aku ke rumah sakit jiwa. Naya! Haha. 

Buka ---> baca ---> gelak.
Berulang-ulang kali pada setiap surat yang aku baca. Of courselah, aku baca ikut tarikh surat-II tuu kan. Sampailah surat yang ke berape entah, situasinya jadik macam ni, 
Buka ---> baca ---> nangis. 
Aku sendiri pun tak sedar yang aku boleh nangis-sama-macam-mana-aku-nangis-masa-baca-surat-tu-dua-tahun-lepas. Sedih bila baca balik. 



Aku tahu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tak berguna lagi. Chewah. Haha. Dulu sebenarnye, cita-II aku nak jadik sasterawati. Mane tahu, boleh jadi macam A.Samad Said ker. Hehe. Perasan dan berangan jap. 

Memang semuanya salah aku. Aku yang mulakan dulu. Aku yang buat keputusan melulu. Dan aku jugak sebenarnya yang tak tahu nak menghargai perasaan dia. Eh, chop. Bukan aku curang di sini yer? Tiada istilah curang-mencurangi dalam relationship kitorang ni. Cuma, mungkin memang dah takdir  hubungan kami tak panjang. 



Dia baik. Dia penyayang. Dia bijak. Dia ada segalanya. Dan yang paling penting, dia terima aku seadanya. Aku tak nampak apa-apa kekurangan pun dalam diri dia. Wakil itu ini kat sekolah. Pegang jawatan itu ini dalam kelab dan persatuan. Tapi, aku pun tak tahu kenapa aku buat dia macam tu dulu. And I know, I am the bad person here. Yes, I admit. 

Tapi sekarang, nak kata aku menyesal putus dengan dia, tak boleh jugak. Sebab, mungkin, kalau tak putus dengan aku, dia tak akan jumpa insan yang lebih baik dari aku. Dan mungkin, kitorang boleh jadikan hubungan itu sebagai satu pengajaran. Hargai insan yang betul-II menyayangi kita. Susah nak carik sebenarnya. Mungkin, pada pandangan kita, dia adalah permata, tetapi, sebenarnya adalah kaca yang bersilaukan permata. 



So here, just wanna say that, I really-II miss him. Sincerely. I miss the moments we were together. Macam-II yang dia ajar aku. He tought me about life. Principals. And he always give me spirits whenever I fell down. Bagi aku semangat untuk belajar. Semangat untuk bangun semula setelah jatuh. He is the only person yang kenal diri aku yang sebenarnya. Bermula dari sebuah persahabatan yang terjalin ketika di tingkatan dua. Berinjak kepada sebuah perhubungan yang lebih serius ketika di tingkatan lima. Dalam tempoh empat tahun, macam-II yang kami kongsi bersama. Dan semestinya, dengan sahabat-II aku yang lain jugaklah. Kalaulah waktu boleh diundurkan. Mungkin, aku boleh ubah segala perlakuan aku pada dia. 

And to Mr. Am. Aku cuma nak bagi tahu yang aku rindukan kau. Walaupun tak mungkin kau baca entry ni, aku harap, kau tak pernah lupakan aku. Aku tak kisah kau lupakan hubungan sementara tu, tapi, hubungan persahabatan tu, sampai bila-II aku harap kau takkan lupa. Sebab, once a friend, forever friend. Kan? Thanks atas semua yang kau pernah lakukan pada aku. Jaga aku. Ajar aku. Segala-galanya. And also, thanks sebab sudi hadir dalam hidup aku :)


Sekian, salam sayang ~


2 Comments posted :

Blogger Afifah Yusra said... 26 December 2012 at 07:39

wow...ni bru btol2 love notes, nita. hihi ^_^

Blogger Dream said... 21 February 2013 at 17:44

hahaha.. ye ker?
mcm terlebih jiwang laxx.. huhu

Post a Comment


Thanks for following!



Chatting Here


Letters start with A B C
Numbers start with 1 2 3
Songs start with Do Re Mi
Love start with you and me

Owned by : Mr. HBA ❤

SARANG HAE YO!!
Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: